Saturday, May 25, 2013

Puding kastard jagung berkuah.


Puding  kastard jagung berkuah.

Puding  kastard jagung berkuah, resepi yang mudah dan ringkas. Sedap dan menyelerakan. Anda seorang yang suka memasak atau tidak, sudah biasa memasak atau tidak, pertama kali memasak puding atau sudah banyak kali...itu semua tidak menjadi masalah kerana puding ini sangat mudah untuk disediakan. Trust me sebab aku pun bukan pandai atau rajin sangat memasak pun. Namun pertama kali mencuba resepi ini....tadaaa....inilah hasilnya!!! <3

Sebenarnya gambar di atas adalah kali kedua aku memasak puding ini dan ketika itu bahan untuk kuah agak terhad. Tetapi kita boleh ubahsuai bahan-bahan untuk kuahnya mengikut selera kita. Ingat, nampak macam leceh tapi sebenarnya senang je. Jom tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan untuk puding kastard jagung.
(Jika anda tidak mempunyai penimbang di rumah (kitchen scale) tidak mengapa kerana resepi ini menggunakan objek asas yang biasa ada di dapur rumah kita je. Jangan susah hati :)

1 cawan tepung kastard.  
1 1/2 cawan jagung manis. (sweet corn - cream)
3/4 cawan gula 
2 cawan air
1 1/2 cawan susu cair.

Bahan untuk kuah:

1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
4 cawan air
1 sudu makan tepung kastard
1 tin buah-buahan dalam tin 

*Jika suka anda boleh tambahkan buah laici dan apa sahaja buah-buahan dalam tin yang anda gemari. Boleh juga ditambah natta de coco....yummy! Semakin banyak buahan semakin enak rasanya.)

Cara-cara memasak:

A). Puding kastard jagung.

1. Masukkan jagung, susu cair, air dan gula ke dalam periuk. Kacau hingga gula larut dengan api sederhana.

2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau hingga likat. Ia berwarna kekuningan dan likat. Pastikan semua bahan telah bercampur nicely dengan tepung. Tidak ada lagi ketulan-ketulan tepung. 5-6 minit je. Tadaa..kastard anda dah siap!

3. Masukkan kastard ke dalam acuan atau bekas yang disukai. 
* Jika rajin masukkan ke dalam acuan agar-agar seperti di atas. Kalau nak makan terus, masukkan ke  dalam bekas makanan biasa. 

4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Keluarkan apabila ia telah sejuk.

B) Kuah kastard :

1. Masukkan air, susu cair dan gula pasir ke dalam periuk. Kacau hingga gula larut dengan api kecil.

2. Masukkan buah-buahan dalam tin. Boleh masukkan airnya sekali atau ditapis buahnya sahaja. 

3. Masukkan 1 sudu tepung kastard untuk menjadikan kuah sedikit pekat. Jika anda rasa kuahnya agak pekat tambahkan air. Jika anda suka kuah yang agak pekat boleh tambah sedikit lagi tepung kastard. 1-2 sudu sudah memadai ya. Kita tidak mahu kuah yang terlalu pekat.

4. Kacau lebih kurang 5 minit dan angkat.


C). Cara-cara nak makan :P


1. Keluarkan kastard jagung anda dari peti sejuk. 
2. Keluarkan dari acuan. (Jika anda tidak menggunakan acuan, ambil sedikit dan letak di dalam cawan atau pinggan..ikut anda la yer).
3. Tuangkan kuah. (Nak lagi best kuah pun disejukkan juga).
4. Masukkan ke mulut. 
5. Yummy !!!!

Puding kastard jagung ini boleh dimakan tanpa kuah juga. Anda boleh buatkan karamel dan makan bersamanya. Namun aku sangat suka puding kastard yang berkuah sebab rasanya....ada rasa manis jagung dan masam manis dari buah-buahan. Memang sedap. Kalau kuah anda 'ter'pekat, sebab semasa kuah panas kita tak tahu ia pekat ke tidak....ketika itu masih cair. Bila dah sejukkan baru tahu yang kuah kita agak pekat. Jangan panik. Anda boleh tambahkan ais ketika makan puding bersama kuahnya. Senang jer. :D

* Untuk gambar diatas, aku masukkan longan dan buah kelapa laut dalam tin saja. Psstt....next time aku skip je kelapa laut tu sebab sedap lagi buah-buahan dalam tin dan laici. Almaklumlah, ketika memasak...itu je la bahan yang ada. 


                                          Selamat mencuba !!!!

*Sumber resepi - rakan sekerja ....ty Kak Ann.

Catatan dan hakmilik : Langsirbiru2013....Tata !!!

                                          Bubbyez...:P



No comments:

Post a Comment